Tugas SSP Sukarelawan Polis

Apabila SSP dikerahkan untuk bertugas aktif mereka boleh diberikan apa-apa tugas mengikut latihan, pengalaman, pengetahuan teknikal atau kepakaran dan kekuatan fizikal yang sesuai dengan mereka.

Tugas-tugas yang dijalankan oleh ahli-ahli sukarelawan polis apabila tidak digunakan secara aktif, adalah seperti berikut: -

1.1 Pejabat pertanyaan (kaunter) / telefonis;

1.2 Tugasan bit(ronda berjalan);

1.3 Petrol;

1.4 Trafik;

1.5 Tugas pengangkutan (MT) atau WT untuk Marin);

1.6 Tugas-tugas Pusat Kawalan Kontinjen atau Daerah;

1.7 Pegawai bertugas untuk Pegawai Kanan Polis (Inspektor dan ke atas) di daerah atau ibu pejabat kontingen;

1.8 Pentadbiran;

1.9 Jaga aman

Mereka biasanya tidak ditugaskan kepada: -

2.1 Menyiasat kes-kes jenayah;

2.2 Tugas mahkamah;

2.3 Operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) ;

2.4 Anti Rusuhan ;

2.5 Cawangan Khas;

2.6 Juri.

Apabila dikerah untuk perkhidmatan aktif, anggota SSP adalah tertakluk kepada prosedur disiplin sama seperti Pasukan Polis Biasa mengikut: The Police (Conduct and Dicipline)(Junior Police Officers and Constables) Regulations, 1970, and the Police Force

Commission's Instrument of Delegation of Certain Functions, Powers, Duties and Responsibilities, 1976".